Friday, April 17, 2009

Menara Berkembar PETRONAS



Menara Berkembar PETRONAS (menurut ejaan rasmi) di Kuala Lumpur, Malaysia, merupakan struktur yang tertinggi di dunia apabila diukur dari aras pintu utama sehingga ke puncak struktur antara 1998 dan 2004. Ia telah dipintas oleh menara Taipei 101 pada 17 Oktober 2003. Menara Berkembar PETRONAS masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia, dan merupakan bangunan tertinggi bagi abad ke-20. Pengkritik mendakwa bahawa ia cuma tertinggi pada salah satu dari empat kategori yang ada, walaupun sebenarnya tiga kategori yang lain itu cuma diperkenalkan apabila menara berkembar ini hampir siap pada akhir 1996.Di bawah Menara Berkembar PETRONAS merupakan kompleks membeli-belah popular, dikenali sebagai Suria KLCC.


Taman KLCC

Di luar bangunan terdapat sebuah taman yang di reka bentuk oleh Pasukan Pembangunan Taman, Projek Pusat Bandar Kuala Lumpur (KLCC). Di taman ini terdapat kolam air pancut, taman permainan kanak-kanak, pondok rehat galeri seni ukir dan mural.



Surau

Terdapat juga sebuah surau yang dibina untuk kegunaan orang ramai. Surau ini didirikan berasaskan seni bina Islam dan mampu menampung sehingga 6,000 jemaah. Terdapat juga Masjid Asy-Syakir

in KLCC yang terletak bersebelahan dengan

bangunan KL

Jambatan angkasa

Menara Berkembar PETRONAS mempunyai laluan angkasa antara kedua menara pada tingkat 41 dan 42. Ia setinggi 170 meter dan sepanjang 58 meter. Tingkat yang sama dikenali sebagai podium kerana pelawat yang ingin pergi lebih tinggi perlu singgah untuk bertukar lif. Jambatan angkasa terbuka kepada semua tetapi perlu mengambil pas pelawat.

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur adalah pusat pameran dan konvensyen utama di Kuala Lumpur, Malaysia.Pusat pameran dan konvensyen yang dibina khas ini merupakan sebahagian dari kawasan Pusat Bandar Kuala Lumpur, dan juga dikenali sebagai KLCC.

Suria KLCC merupakan kompleks beli-belah yang terletak di tapak Menara Berkembar Petronas di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur.


Aquaria KLCC

Menampilkan terowong bawah air sepanjang 90-meter, Aquaria KLCC menempatkan lebih 150 spesies ikan yang berbagai-bagai dari Malaysia dan seluruh dunia.

Dewan Philharmonik Petronas

Dewan Philharmonik merupakan dewan konsert di Suria KLCC, yang mendadi pangkalan utama Orkestra Filharmonik Malaysia. Siling dewan diperbuat daripada sesuatu bahan lutsinar yang akustik. Di atas siling tersebut terdapat siling boleh ubah yang berfungsi sebagai pemantul akustik. ini bermakna dewan ini boleh "diselaraskan" menjelang persembahan, menjadikan dewan itu sendiri sebagai instrumen terbesar dalam mana-mana orkestra yang mengadakan konsert di dalamnya. Instrumen kedua terbesar dalam dewan merupakan organ paip Klais yang dilengkapi 4,740 batang paip.

Galeri Petronas

Terdapat juga galeri seni dalam Suria KLCC bernama Galeri Petronas, yang dikenali sebagai selah satu tempat pameran seni terulung di Malaysia.

Petrosains

Pusat Petrosains Petronas terletak di tingkat empat Suria KLCC dan menumpu pada industri penggalian minyak di Malaysia. Kanak-kanak digalakkan mengunjungi pusat ini. Petrosains dikenali dengan laluan Dark Ride, Flight Simulators dan Adventure, serta bahagian Molecular Magic, Geotime Formation dan Petrojaya.



No comments:

Post a Comment