Saturday, April 25, 2009

Sepang GOLD COAST [ Pantai Bagan Lalang ]


Destinasi percutian baru yang lebih dikenali sebagai ‘Syurga Pesisir Pantai Terpanjang di Asia’, pastinya menjanjikan suasana percutian menarik dan berbeza bagi pengunjung yang mencari penginapan, hiburan dan membeli-belah.
Tanpa perlu menghabiskan ribuan ringgit untuk ke luar negara, Sepang Gold Coast bakal menyediakan percutian mewah setanding percutian ala Gold Coast di Australia.
Projek mega yang sedang giat dibangunkan di kawasan sepanjang 22 kilometer bermula dari muara Sungai Sepang Kecil dan Sungai Sepang Besar serta pantai Bagan Lalang hingga ke Tanjung Rhu dibangunkan oleh Sepang Gold Coast Sdn Bhd dengan kerjasama Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), anak syarikat kerajaan Selangor dan juga Sepang Bay Sdn Bhd.


KOMPONEN UTAMA


Komponen utama cadangan pembinaan Sepang Gold Coast, antaranya melambangkan pokok palma.
Projek di atas tanah seluas 3,686 ekar ini bakal menjadi mercu tanda baru dalam industri pelancongan di Selangor yang terletak hanya 45 minit perjalanan dari Putrajaya dan 75 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.

KONSEP

Sepang Gold Coast yang dibina berkonsepkan eko-pelancongan membabitkan pelaburan bernilai RM3 bilion, di mana komponen cadangan utama pembangunannya ialah Golden Palm Tree Water Villa dengan konsep reka bentuknya melambangkan pokok palma.
Lengkap dengan pelbagai kemudahan, Sepang Gold Coast mengandungi 366 unit villa air mewah, taman tema restoran, dewan persidangan, medan selera, pusat membelah belah dan pelbagai kemudahan pelancongan lain setanding dengan negara lain.

TARIKAN

Sepang Gold Coast akan menggabungkan beberapa elemen dan komponen percutian yang berbeza di mana pembangunan kediaman percutian yang menekankan konsep seni bina, budaya dan persekitran tersendiri, aktiviti rekreasi pantai dan pembangunan sokongan. Kesemua ini digabungkan dalam suasana persekitaran alam semulajadi yang mempunyai ciri pembangunan hutan paya bakau yang tidak mengganggu ekologi semulajadi hutan. Sepang Gold Coast kini sudah mula menerima kedatangan pelancong sama ada dari dalam dan luar negara yang ingin melihat keindahan pemandangan pesisir pantai terutamanya ketika matahari terbenam di samping menikmati makanan laut serta ikan bakar yang terletak di tepian pantai.

Menara KUALA LUMPUR

MENARA KUALA LUMPUR



Informasi Lokasi:
Kuala Lumpur, Malaysia
Status Disiapkan Dibina:
1991-1995
Kegunaan:
Telecommunication, mixed used
Ketinggian Antena:
421 m
Bumbung:
335 m
Maklumat teknikal
Bilangan tingkat:
6
Keluasan tingkat:
7700 m²
Bilangan lif:
4
SyarikatArkitek:
Kumpulan Senireka Sdn. Bhd
.


Menara Kuala Lumpur ialah sebuah menara terletak 515 meter dari aras laut dengan ketinggian 421 meter. Menara Kuala Lumpur terletak di kemuncak Bukit Nanas 94 m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 1 Oktober 1996.

PEMBINAAN

Pembinaan Menara Kuala Lumpur dilaksanakan dalam 3 fasa pembinaan. Fasa pertama dimulakan pada Oktober 1991 sehingga 15 Ogos 1992. Fasa kedua pula bermula pada 12 Julai 1992 dengan pembinaan ditumpukan pada tapak menara dan tingkat bawah tanah. Kerja-kerja asas pembinaan dan aktiviti penanaman cerucuk selesai pada 15 April 1993.

KELEBIHAN

Menara ini lebih tinggi berbanding Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur kerana terletak pada di kemuncak 94m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur dibina sebagai menara komunikasi untuk mempertingkatkan khidmat telekomunikasi dan sistem pemancar. Di sini siaran radio RTM iaitu Klasik Nasional, Muzik FM, KL FM, Traxx FM, Ai FM, Minnal FM, Asyik FM, televisyen RTM1 dan RTM2 milik Radio Televisyen Malaysia dan NTV7 siaran UHF dapat diterima sehingga 40km jauhnya.
Menara Telekomunikasi Kuala Lumpur ini merupakan menara telekomunikasi yang kelima tertinggi di dunia di belakang Menara CN di Kanada pada ketinggian 553m, Menara Ostankino di Russia setinggi 537m, Menara Shanghai di Negara China dengan 468m tinggi dan Borj-e Milad dengan ketinggian 435m di Iran. Menara 421 meter tinggi ini mula dibina pada tahun 1993 dan siap pada 1996. Di bawah menara ini terdapat kedai cenderamata, pawagam, restoran dan pusat penerangan.

REKABENTUK


Bentuknya yang tirus dan tinggi adalah keistimewaannya. Bahan binaan menara ini adalah konkrit. Menara ini menjadi tumpuan pelancong kerana ia menyediakan banyak tempat reakreasi.Reka bentuk menara ini dipengaruhi oleh seni bina Islam, Jerman, Perancis dan tempatan. Hiasan dalamannya dipengaruhi oleh seni bina Islam.
Menara Kuala Lumpur digunakan untuk aturcara penting bagi umat Islam kerana disinilah tempat penentuan anak bulan Ramadan dan Syawal dilakukan di puncak menara tersebut.

Friday, April 17, 2009

Menara Berkembar PETRONAS



Menara Berkembar PETRONAS (menurut ejaan rasmi) di Kuala Lumpur, Malaysia, merupakan struktur yang tertinggi di dunia apabila diukur dari aras pintu utama sehingga ke puncak struktur antara 1998 dan 2004. Ia telah dipintas oleh menara Taipei 101 pada 17 Oktober 2003. Menara Berkembar PETRONAS masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia, dan merupakan bangunan tertinggi bagi abad ke-20. Pengkritik mendakwa bahawa ia cuma tertinggi pada salah satu dari empat kategori yang ada, walaupun sebenarnya tiga kategori yang lain itu cuma diperkenalkan apabila menara berkembar ini hampir siap pada akhir 1996.Di bawah Menara Berkembar PETRONAS merupakan kompleks membeli-belah popular, dikenali sebagai Suria KLCC.


Taman KLCC

Di luar bangunan terdapat sebuah taman yang di reka bentuk oleh Pasukan Pembangunan Taman, Projek Pusat Bandar Kuala Lumpur (KLCC). Di taman ini terdapat kolam air pancut, taman permainan kanak-kanak, pondok rehat galeri seni ukir dan mural.



Surau

Terdapat juga sebuah surau yang dibina untuk kegunaan orang ramai. Surau ini didirikan berasaskan seni bina Islam dan mampu menampung sehingga 6,000 jemaah. Terdapat juga Masjid Asy-Syakir

in KLCC yang terletak bersebelahan dengan

bangunan KL

Jambatan angkasa

Menara Berkembar PETRONAS mempunyai laluan angkasa antara kedua menara pada tingkat 41 dan 42. Ia setinggi 170 meter dan sepanjang 58 meter. Tingkat yang sama dikenali sebagai podium kerana pelawat yang ingin pergi lebih tinggi perlu singgah untuk bertukar lif. Jambatan angkasa terbuka kepada semua tetapi perlu mengambil pas pelawat.

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur adalah pusat pameran dan konvensyen utama di Kuala Lumpur, Malaysia.Pusat pameran dan konvensyen yang dibina khas ini merupakan sebahagian dari kawasan Pusat Bandar Kuala Lumpur, dan juga dikenali sebagai KLCC.

Suria KLCC merupakan kompleks beli-belah yang terletak di tapak Menara Berkembar Petronas di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur.


Aquaria KLCC

Menampilkan terowong bawah air sepanjang 90-meter, Aquaria KLCC menempatkan lebih 150 spesies ikan yang berbagai-bagai dari Malaysia dan seluruh dunia.

Dewan Philharmonik Petronas

Dewan Philharmonik merupakan dewan konsert di Suria KLCC, yang mendadi pangkalan utama Orkestra Filharmonik Malaysia. Siling dewan diperbuat daripada sesuatu bahan lutsinar yang akustik. Di atas siling tersebut terdapat siling boleh ubah yang berfungsi sebagai pemantul akustik. ini bermakna dewan ini boleh "diselaraskan" menjelang persembahan, menjadikan dewan itu sendiri sebagai instrumen terbesar dalam mana-mana orkestra yang mengadakan konsert di dalamnya. Instrumen kedua terbesar dalam dewan merupakan organ paip Klais yang dilengkapi 4,740 batang paip.

Galeri Petronas

Terdapat juga galeri seni dalam Suria KLCC bernama Galeri Petronas, yang dikenali sebagai selah satu tempat pameran seni terulung di Malaysia.

Petrosains

Pusat Petrosains Petronas terletak di tingkat empat Suria KLCC dan menumpu pada industri penggalian minyak di Malaysia. Kanak-kanak digalakkan mengunjungi pusat ini. Petrosains dikenali dengan laluan Dark Ride, Flight Simulators dan Adventure, serta bahagian Molecular Magic, Geotime Formation dan Petrojaya.