Saturday, September 12, 2009

Kilang Proton


PROTON (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, untuk mencapai aspirasi negara menuju ke arah perindustrian. Tugas berat ini disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM), serta rakan-rakan usaha sama dari seberang laut.
Pemegang saham terdiri daripada:
Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (70%)
Mitsubishi Motors Corporation, Jepun (15%)
Mitsubishi Corporation, Jepun (15%)


Sejarah Proton

Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad berasaskan idea beliau kepada presiden Mitsubishi semasa lawatan beliau ke Malaysia pada tahun 1981. Kemudian pada bulan Februari 1982, satu pasukan projek ditubuhkan di Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) bagi membuat penyelidikan dan menandatangani perjanjian dengan Mitsubishi.


Garis masa


7 Mei 1983: Penubuhan PROTON.
23 Mei 1983: Upacara menandatangani:
Perjanjian usahasama;
Perjanjian bantuan teknikal;
Perjanjian pinjaman;
Kontrak untuk bekalan dan pembinaan loji pembuatan kereta;
Kontrak untuk bekalan bungkusan KD dan alatganti.
25 Jun 1984: Menandatangai perjanjian kakitangan.
27 Jun 1984: Pengumumam nama model bagi kereta nasional (Proton Saga).
1 Ogos 1984: Pemasangan peralatan/jentera bermula.
29 Oktober 1984: Penilaian bersama prototaip pengeluaran untuk mendapat pengesahan dan persetujuan.
1 Disember 1984: Berpindah ke pejabat baru di Loji, Shah Alam.
26 Januari 1985: Pemasangan mesin pembentuk dirasmikan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
18 April 1985: Percubaan pengeluaran kereta pertama selesai.
1 Julai 1985: Permulaan pengeluaran komersial Proton Saga.
9 Julai 1985: Pembukaan rasmi kilang kereta nasional dan pelancaran Proton Saga oleh YAB Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.
1 September 1985: Pelancaran pasaran oleh Edaran Otomobil Nasional Sdn Bhd (EON).
15 Januari 1986: Pengeluaran 10,000 unit Proton Saga.
26 Februari 2005: Perasmian kilang Proton kedua di Tanjung Malim oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
25 Julai 2005: Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff ditamatkan kontrak sebagai Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton.
29 November 2005: Proton Holdings Bhd. hari ini mengumumkan pelantikan Syed Zainal Abidin Syed Mohd. Tahir sebagai Pengarah Urusan baru syarikat kereta nasional itu, berkuat kuasa 1 Januari 2006.
2 Ogos 2008: Pengeluaran kereta Proton yang ke 3 juta.


Produk


Senarai kenderaan/kereta keluaran PROTON adalah seperti berikut:
Proton Gen-2: Satu-satunya kereta buatan Malaysia sepenuhnya (termasuk chasis dan enjin) dan merupakan model gantian untuk Proton Wira; dilancarkan pada 8 Februari 2004.
Proton Iswara: Merupakan perubahan rupa bagi Proton Saga; dilancarkan pada 1992.
Proton Persona: Dilancarkan pada 15 Ogos 2007. Kereta sedan 1.6 liter ini berasaskan kepada model terdahulu, Proton Gen-2 dengan menampilkan bentuk sedan berbanding Gen-2 dengan bentuk hatchback. Ia juga mengekalkan enjin 82kW Campro.
Proton Pert: Mempunyai ciri yang sama seperti Mitsubishi Lancer Evolution. Model yang terkini dipasang seperti Evolution VII dan bertanding dalam kelas produksi di Kejuaraan Rali Dunia.
Proton Putra: Sedan sport 3 pintu berpandukan Mitsubishi Mirage.


No comments:

Post a Comment