Friday, September 11, 2009

Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu






Taman Tamadun Islam (TTI) adalah sebuah taman tema yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh pelosok dunia yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu yang sebelum ini dianggap tidak berpenghuni dan dipenuhi hutan nipah. Taman tema ini merupakan salah satu projek pembangunan ekonomi Wilayah Ekonomi Pantai Timur. Taman tema yang mula dibina pada Mac 2005 bukan sahaja dikelilingi replika-replika masjid dari serata dunia malah sebuah masjid yang juga mercu tanda baru Kuala Terengganu iaitu Masjid Kristal turut berdiri megah di situ.


Pembinaan


Projek pembinaan TTI melibatkan 34 kontraktor tempatan sementara Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) bertanggungjawab memantau projek tersebut. Bahan asas pembinaan TTI secara keseluruhannya menggunakan bahan buatan tempatan. Kira-kira 65% pembinaan menggunakan kepakaran tukang tempatan manakala selebihnya menggunakan khidmat profesional pakar pertukangan daripada luar negara.
Terdapat 6 fasa pembinaan TTI iaitu:
Fasa
1. Masjid KristalPerumahan khas imam dan bilal
2. Monumen masjidMercu tanda Islam
3. Pusat konvensyen
4. Lagun taman terbuka wakaf, trek joging dan astaka, kawasan memancing
5. Kompleks masuk TTI,
Perani, TeropongPusat komersil
6.
Pelet dan jalan masuk

Masjid Kristal

Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.

Perasmian


Masjid Kristal telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 8 Februari 2008 jam 6.00 petang.
Pembinaan
Masjid ini dibina daripada
kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik.


Penerangan

Tempoh pembinaan : ± 3 tahun
Dibuka : 3 Februari 2008
Keluasan : 22.3
hektar
Kos : RM 249.3 juta (sekitar AS$
77.2 juta).



No comments:

Post a Comment